Monday, April 18, 2011

Saturday yang busy

16.4.2011 - Pagi kena hantar Cik Ct ke UITM S.Alam untuk interview Mascom.Sebelum tu kena hantar
KLong kerja dulu.Hujan turun dengan lebatnya.Ingatkan boleh sampai sebelum pukul 8.30am..wadowai..
jem la pulak kat seksyen 2 tuh ngan kereta,bas.. sib bek lori pun tak nyebok kalau tak mesti hangin satu
badan.Halamak minyak pulak dah turun ke E...ha..ha.. boleh ke tidak cik Kelisa aku ni panjat bukit UITM
tuh?Ya Allah panjangkan hayat minyak nih.Terketaq2 lutut nih..hai.kalau kau berenti kat tengah jalan (akibat
minyak kering kontang)bertambahlah jemnye..Nak cari parking pun bukan main susah lagi.Akhirnya Cik
Ct gi naik bukit sorang2 tanpa teman.Ingatkan nak pergi beli apa2 untuk lapik perut sebab belum sarapan,
tapi tak jadi...akhirnya dengan penuh debaran pelan2 keluar ikut belakang dan belok ke seksyen 7 untuk
mencari pam petronas.
Selesai mengisi minyak,tengok tayar pulak kempis skit...isi angin la pulak.Sarapan kat Azira lepas tu terus
balik Sg.Buloh untuk hadir kursus Pengurusan Jenazah disurau AlHidayah.Baru saja duduk,terima mesej
dari Cik Ct "kasut ET tercabot..tengah interview neh".Sabo jele Cik oi...ibu dah balik takkan nak gi sana balik.
Mengikuti kursus dengan penuh rasa keinsafan.Begini rupanya bila kita dah jadi mayat.Tiada apa yang dapat
menolong selain dari amal ibadat,doa dari anak yang soleh dan harta yang disedekahkan.Dimana kekayaan,
kekuasaan.pangkat dan kekuatan sudah tidak berguna lagi.Hanya kain putih pembalut badan.Tiada wangian
estee lauder,gucci dan entah hape2 lagi...hanya yang ada kapur barus,cendana sebagai pewangi badan.
Hadoi...cepatnyer masa berlalu.Jam dah menunjukkan ke angka 6.30 petang tapi kursus belum tamat
lagi.Ada lagi satu urusan nak diselesaikan.Pelan2 keluar surau dan bertolak ke seksyen19 untuk mengambil
kuih yang dipesan.Alhamdulillah sempat solat maghrib dirumah.
Malam ada lagi satu acara iaitu satu majlis perjumpaan muslimin/muslimat.Majlis selesai pukul 11.30pm
dan alhamdulillah semua kuih2 habis terjual (dimakan).Esok...ada lagi tugas...bawa abah dan mak berubat
dengan Ustaz Malik.Rasa dah tak larat tapi mengenang mak/abah...bila lagi nak balas jasa mereka.Ketika
mereka hidup nilah.Kalau nak dihitung jasamu tidak dapat dibalas dengan seisi dunia nih.Hanya allah yang
dapat membalas dan kami buat apa yang terdaya oleh kami yang sangat lemah ini.Semoga allah mengampuni
dosaku,suamiku,anak2ku,kedua orang tuaku,saudaraku yang laki2 dan saudaraku yang perempuan serta
dosa kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal..amin ya rabbal 'alamin.