Wednesday, June 6, 2012

Laskar Pelangi The Series

Filem ini mengingatkan nostalgia zaman kecil2ku ditahun 60an. Waktu tu basikal menjadi tunggangan walau kemana saja.Pergi sekolah diPekan Batu Gajah (Sek Perempuan) dan abang serta adik lelaki ku diSek
Laki2 menggunakan basikal.Terpaksa melalui jambatan maut(pada anggapanku masa tu kerana pernah
sekali dua kemalangan berlaku keatas budak sekolah convent yang melalui jambatan itu tergelincir dan
dihanyutkan air deras).Waktu tu abah bekerja dengan syarikat kapal bijih timah (Kinta Tin Dredging)dan
diberi rumah khas untuk kakitangan Syarikat tu.Disini kami bergaul dengan berbagai bangsa...ada cina,
India,Benggali Islam dan Sikh.Antara nama kawan2 yang masih diingat...Kak Wok,Kak Intan,Bibi,Amir,
Kadir,Ah Moi dll...dah x ingat.
Waktu kami berpindah kesini,arwah adikku Li(Ghazali) masih sangat kecil.Disini juga lahir adikku Ani dan
Uji.Oleh kerana adikku masih kecil2,masa bermainku sangat terhad.Balik sekolah lepas makan terpaksa
jaga adik2.Mak kata kalau nak main kena bawak adik sekali.Oleh kerana nak bemain punya pasal aku
ikatkan kerusi utk budak kecil dipalang basikal bapak(basikal yang ada carrier besar tuh)untuk Uji dan
Carrier dibelakang tu aku letak dak Ani.Bayangkan umur 10 tahun mengayuh basikal dengan membawa
dua orang budak kecil.Heee...kalau mak aku nampak teruk aku dikerjakan.Itupun kalau adik nangis ke
terjatuh ke...aku juga yang kena...
Lain cerita ngan opah aku.Nak ke ladang pun diajak nya aku.Bukan apa...boleh bawa jagung ke,ubi ke,
labu ke atau apa2 yang ditanamnya dari ladang yang diusahakannya dibelakang kandang lembu jiran.
Dari kawan2 Benggali Islam ni aku mulai menyukai capati dan minum susu lembu.Nak kira nakal tak
nakalnya waktu tu..panjat pokok jambu,memplam,jambu air,tangguk ikan kepala batu,mandi lombong
(Bila naik dengan mata merah..mak sudah siap dengan rotan ditangan).
Kalau nak diceritakan memang banyak.Masih terbayang rumah2 kami dan rumah kongsi yang lain.Jalan
yang dilalui untuk kesekolah kena melalui tepi sungai kinta (sama saperti dalam cerita Laskar Pelangi)tapi
tak ada le buaya...mungkin dalam sungai tu ada le.Waktu zaman tu ada dua ketakutan yang sering menghantui aku.Pertama ...Bai yang bela lembu kat tepi sungai tu sangat2 membuat aku pobia.Mana tak
nya masa tu heboh cerita pasal bai yang bela lembu bawa guni tu ambil kepala budak2 untuk buat jambatan.
Kedua...sangat pobia apabila melalui jambatan kayu yang dikiri kanannya ada dua wire panjang sebagai
penyokong.Aku selalu bayangkan jika terjatuh dari basikal...alamat tak merasa le aku nak berblog seperti
sekarang.Ok lah, lain kali kalau aku ingat cerita lama tu aku akan update lagi.Rindu sangat zaman kanak2
seperti itu...bebas tapi tak lepas....