Yey...yey...masa tuk diri sendiri.Mkcik Bedah memang
suka warna merah,tapi kenalah bertempat.Takkan lah
warna tudung pun nak merah makcik oi...berpinau biji
mata kang. Oleh itu dengan gigihnya mkcik Bedah
menginai jari jari makcik dengan benda yang
tertera dibawah nih....he...he..
Terima kasih kepada pemberi hadiah ni..(bos yang gi haji aritu)
Oleh kerana terlebih rajin,habis semua kedua puluh jari
kena inai....
Nak melawa,melawa gak tapi khasiat inai (bukan yang segera) banyak.Antaranya:
Sebagai bahan penyejuk.Inai digunakan untuk menyembuh sakit perut
luka dan kudis keliling kuku serta mengatasi masaalah keguguran rambut.
Juga digunakan untuk merawat masaalah haid dan keputihan.
Akarnya digunakan untuk menyembuh bisul.Kulit dari batang pokok
boleh digunakan untuk merawat masaalah hati atau demam kuning serta
bengkak hati.