Monday, July 18, 2011

Minggu Yang Meletihkan Dan Menyedihkan.

Jumaat minggu lepas ke PD 2 hari 1 malam kerana menghadiri kursus
'Kemurnian Aqidah Penyelamat Ummah'.Balik pada ptg sabtu.Ahad
rehat dan isnin mc kerana sakit perut (terlebih makan yg podeh2).
Selasa pg keje.Rabu dan khamis kena pg kursus kat TMTC (hadoi..
hazabnya jem kat jalan duta dan U turn ke jalan Semarak).Balik pon
jem sbb orang berlumba nak gi stadium.Jumaat pg keje.Sabtu pegi
jemputan kawan yang sama gi Haji aritu.Balik,ternampak dorian
kat tepi jalan,kopaklah RM ku...xkesah memang dah antu dorian.
Ahad kena gi kursus frozen food kat Laman Budaya bersama Chef
Faizal Ng.Maleh no nak bangun masa orang lain tgh sedap tido
lagi...hi..hi..terpaksa tapi xpa ...ilmu yang percuma bkn senang nk
dapat.Punyalah penat...macamana nak jadi usahawan nih?belum
apa2 dh serender.Wua...wua..wua..
Dalam penat2 pun fb kena bukak gak. Macam x percaya je dengan
berita pemergian arwah Dr Lo'Lo'. cuba skrol kebawah tengok
betul ke tidak...Sedih dan sayu...Arwah dulu pernah sama sekolah
di SERATA Ipoh. AlFatihah untuk arwah dan takziah untuk
keluarganya.AlJannah sentiasa merinduimu wahai srikandi
yang tabah dalam perjuangannya.
Kini hati semakin sayu...Tuan Guru pula dimasukkan kehospital.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik kepada beliau - Ameen
Ya Rabbal 'Alamin.