Tuesday, October 23, 2012

3D2N

14 Oktober, kami bertiga beranak berangkat ke arah
selatan tanahair tapi berhenti diperhentian Air Keroh
dan merehatkan diri disalah sebuah hotel yang nyaman
seperti dibawah ini.

Terjun jangan tak terjun, opah...atuk...dah lama
tak berenang masa nilah nak melepas gian.


Sambil2 ambil angin petang sempat jugak melihat
labi2 (kura2)didalam kolam...terhibur juga hatiku
yang sedang duka lara....
Malamnya sempat pergi ke Restoren Nakhoda untuk
menjamu selera.Punyalah lama tak meronda Melaka.
Untungnya menginap disini...dapat diskaun ketempat
yang dinyatakan dalam kad (untuk yg ada.
kad pesara).best.....
Esoknya 15 Oktober selepas check out kami meneruskan
misi kearah selatan....sudah telefon hotel GH kat Skudai.


Panorama dari tingkat 12 hotel GH Skudai.
Ada 1 bed kingsize (kami bertiga) Adi terpaksa
tidur dilantai yang dilapik dengan cadar....dahtu
tv pun entah dimana suisnya...jenuh meraba barulah
dapat on.Water heater pun tak tahu dimana suisnya.
Telefon teknisen....sampai kesudah tak moncol2..
wak...aiihh...dahla sewa mahal giler...cuma nak
tidur satu malam dan esok pagi terus gi UTM
(konvo Si Adi).Petang tu gi ambil Adi yang dah siap raptai...
telefon kawan yang sama gi
Umrah bulan mac aritu..Kak Raja Zaharah yang
ada kedai jubah di Giant Mall.


Sangat rindu padamu kakak....terima kasih diatas
pemberianmu...akan kukenang sampai bila2.
Semoga perniagaaan kak Raja bertambah maju..
aamiiinn..

Check out hotel pukul 7.00 pg...pecut
kereta keUTM takut jalan jem...tak
sempat nak sarapan terus masuk dewan.
Nasib baik acara cepat selesai.
Terus kami menuju kafetaria untuk minum
pagi.Selepas ni acara bergambar la pulak.
Ambil nombor giliran untuk mengabadikan
kenangan yang entah bila lagi akan sampai
kesini.Terjumpa pulak dengan Pakcik Zubir
yang datang untuk menghadiri konvo anaknya
pada sesi petang.Ok lah .....rasa dah sangat2
penat....Selepas sesi bergambar kami pun
beransur untuk pulang ke Sg.Buloh.Selamat
tinggal Skudai...ada masa jumpa lagi..bye..