Monday, April 21, 2014

Air "O" Air...

 
Air "O" Air..yang tinggal hanya
satu botol lagi..itupun untuk minum
dan bukan untk mandi
Memang air dah disimpan dalam
botol dan baldi
tapi kerana tetamu datang
(bukan kesal tapi suka mereka datang mera"i)
Kerana itu semua air telah diguna pakai
 
Sibungsu dari semalam x mandi
Aku pula simpan khazanah sementara
untuk dibuang bila menghantar klong dan cucu
ingat nak singgah di r&r Guthrie
rupanya ramai yang berpesta air free
 
Sementara menunggu air yang
datang entah pukul berapa
pinggan mangkuk kering tak berbela
Anak dan cucu yang dalam hari
juga dalam keadaan x selesa...
 
Air "O" Air..cepatlah kau datang...

Wednesday, February 26, 2014

Kalau itu jalan yang kau pilih

Kalaulah itu jalan yang kau pilih
Pergilah kalau kau rasa kau lebih bahagia
Aku takkan berkata apa2
Kerana kau tak menghargai kasih
Seseorang  yang bimbang akan kehidupan
Yang penuh pancaroba ini

Sudah beribu doa
Sudah berhabis tenaga
Sudah tepu segala kasih sayang
Sudah habis usaha untuk membawa
kamu kejalan syurga
Tapi kamu masih mahu menempuh
jalan yang penuh duri dan simpang perenang ini
Pergilah....
Kerana rasa kasihan itu sudah tiada







Friday, February 14, 2014

Kosong..kosong...kosong...

Menanti hari2 muka
kosong..kosong..kosong..
Serabut dengan seribu satu masaalah
Yang tak pernah henti menerjah

Hari2 yang berlalu..
jua kosong..kosong..kosong..

Hati jadi rindu..
Pada waktu2 bersama kamu dulu
Tapi waktu itu tak mungkin kembali
Sebabku tau siapa diri ini..



Thursday, December 19, 2013

Memoir Musafir dan Zahariz

Aurora borealis (gambar ihsan google)
 
8.30 malam tv alhijrah adalah masa yang ditunggu.
Kadang2 ponteng pg surau sebab nak tengok tempat2
yang dilawati oleh pengembara Zahariz dengan tajuk
"Dengan Basikal Aku Mengembara"
Rasa kita pun sama berada disana masa tuh...
hai...kalaulah makcik muda lagi tentu seronok
mengembara macam tuh...apakan daya...
cantik sangat aurora borealis  yang dirakamkan...
 

 
lagi satu rancangan Memoir Musafir...tak dapat
pg sendiri dapat tengok tv pun jadilah..ahaks...

Wednesday, December 4, 2013

Hanya Bintang-Bintang

Hujan turun dari pagi
Tiada henti
Ku duduk menanti
Seorang diri

Hingga petang
Kau tak datang
Akupun bimbang
Mungkinkan terbuang
Kasih dan sayang

Kala hujan telah reda
Alam sunyi sepi
Tiada kawan disampingku
Membelai mesra

Hingga larut hampir siang
Tak dapat tidur
Hanya bintang-bintang sebagai penghibur




Tuesday, December 3, 2013

Kucing Oh Kucing

Aku bukan tak sayang sama kucing.Matanya yang cantik,bulu yang bersih dan mulus memang aku sayang kucing..nak pukul pun aku tak sampai hati...walaupun kucing ni aku tak tau siapa tuannya tapi kalau ada lebihan ikan yang tak habis dimakan aku tetap letak dalam bekas yang disediakan dibelakang rumah.Bukan sekor bukan dua tapi 6-7 ekor melepak dan melangut dikaki lima belakang rumah menunggu masa nak masuk rumah bila tuan rumah naik atas ataupun terleka tengok tv or tengah blogwalking...kalau periuk tak ditutup dan ditindih ngan lesung batu alamat jadi sarapan paling enak untuk mereka.

Ketika baru sampai dari kampong semalam...asben terbau sesuatu didalam bilik tidur kami..bila dah dijengah2  takde apa2 pun.Ingatkan bau dari luar....pagi tadi terpikir plak nak jengah bilik anak dara aku yang dah kosong sebab tuannya dah masuk asrama balik untuk sem ini...hua...hua..hua rasa nak nangis...ada sekor kucing tengah melepas kat atas karpet...cepat2 aku halau keluar,rupanya dia masuk ikut tingkap yang terbuka...lepas aku cek... .hoowaa...beberapa tompok najis yang sudah kering diatas cadar dan beberapa tompok diatas karpet termasuk yang masih baru...ini yang buat aku hangin satu badan. Kena mendobi lak pulak....adushhh...Nampak gaya semua pintu tingkap kena tutup setiap masaa...kucing ..oh...kucing..pening aku dengan bau najis kamu..pesan aku kepada tuan kucing,kalau nak bela kucing jangan hanya pandai bermain dengan kucing sahaja...tolonglah ajar dia masuk tandas bila rasa nak terberak...huh!!!...(nak upload gambar dia tengah melangut kat belakang rumah tu makcik tak pandai android ke hape ke).

Monday, December 2, 2013

Nak Kemana Kita...

Pertanyaan untuk diri ini dan kepada yang mahu merenung diri sendiri...(kalau yang tak mahu merenung tidak mengapa...tiada paksaan).

Kita selalu mahukan kesempurnaan..memang itulah yang disarankan oleh Agama kita tetapi jika berlebihan umpamanya dalam cara berpakaian...melebih2 hingga nak keluar rumah dah jadi macam patung berjalan jea atau nak jadi model dengan jalan menegak dan batang leher kaku tak bergerak nk menoleh pun susah...watpe lah menyusahkan diri..adakah Allah akan pandang kita dengan pandangan rahmat atau pandangan murka...

Teliti lah setiap tindakan kita (aku)...apa guna nak bermegah2 dengan harta dunia yang hanya sementara..akhirat jua yang kekal selamanya...bila dikuburkan tinggallah semua kemegahan,kekayaan,pangkat,pengikut yang ramai,semua yang dikasihi akan tinggal didunia sedang yang mengikuti kita adalah amal kebajikan yang dilakukan semasa masih hidup...

Ingatan buat diriku...bersyukur dengan apa yang ada dan bersederhana lah dalam kehidupan ini..