Sunday, May 20, 2012

Penyucian Jiwa DiTanah Suci

Rasa sangat gembira kerana mendapat 2 kali solat jumaat di Masjidil Haram,
Mulanya kami bertiga pergi bersama2 tetapi selepas masuk melalui pintu
ditingkat atas kami mula berpecah kerana terlalu ramai mencari tempat untuk
ruang solat.Sebelum masuk tadi kasut Norli dan Ada dimasukkan kedalam
satu karung.Ada membawa karung kasut dan menuju kesebelah
kanan sedangkan aku dan Norli mengikut arus manusia menuju kesebelah
kiri dan masuk ketempat yang dikhaskan untuk wanita.Kami menyelit disebelah
wanita arab tapi dia xbagi kami duduk kerana katanya dalam bahasa isyarat
kawannya pg mengambil wuduk...kami wat muka selamba terus duduk mnakala
wanita itu terus membebel.Sehingga waktu solat jumaat kawannya xmuncul2
pun.Selesai solat kami mencari Ada tetapi xjumpa.Lebih dari sejam kami
keluar masuk dan waktu tu cuaca tersangat panas terik.Oleh kerana x brjumpa
Ada kami ambil keputusan terus pegi keSafwa Tower kerana sebelum tu kami
berjanji nak bershoping skit disitu.Dengan berkaki ayam Norli selamba je bejalan
kat Safwa Tower hinggalah kembali ke Hotel.
Esok kami akan bertolak ke Madinah Munawarah.Sedih nak tinggalkan Mekah.
Tetapi lagi sedih sbb malam tu aku diserang demam panas sekali lagi.Dah makan
ubat dan tampal Kool Fever untuk orang dewasa tapi masih tak kebah.Malam ni
Ustaz Mutawif nak briefing untuk nak buat tawaf wida.Aku pesankan kepada
Norli dan Ada suruh sampaikan kepada Ustaz sekiranya demamku masih xkebah
tolong sewakan wheelchair untukku xkiralah bayarannya berapa.Syukur alhamdulillah
subuh sabtu keadaanku sudah kembali seperti biasa.Kami mengerjakan tawaf wida
selepas solat zohor itu.Selamat tinggal Makkah semoga ini bukan kali terakhir
dan harapan semoga Allah memberi rezki kepadaku agar dapat mengunjungimu lagi.

Dalam perjalan ke Madinah  yang memakan masa 5-6 jam kami singgah di Wadi
Kudait untuk makan malam.
Kami sampai DiMadinah dalam pukul 7.00 malam.Kota madinah yang aman dimana
bersemadinya jasad penghulu yang kita cintai iaitu Nabi Muhamad SAW beserta para
sahabat2.Badan sudah sangat letih.Setelah mengambil kunci bilik hotel dan mengangkat
beg2 kami pun merebahkan diri untuk berehat(sudah solat jamak diWadi Kudait).
Disini kami berkongsi bilik seramai 4 orang sebilik dan dibilik sebelah ada 3 orang
dalam 1 bilik.Kali ini saya mendapat kawan grup dari Melaka.OK ... good night.Esok
ada ziarah dalam Masjidil Nabawi.

Saturday, May 5, 2012

Penyucian jiwa diTanah Suci

                                            Norli,teman sebilik.


                                                    Selepas solat sempat gak berposing.
Menuju MasjidilHaram sebelum masuk waktu subuh. Terjumpa dengan grup orang
Turki yang bertanyakan soalan dalam bahasa Turki tapi kami tak faham...cuma
bila dia kata kiblah...kiblah sambil tangan terawang2...maka saya rasa mereka
bertanyakan arah mana MasjidilHaram lantas saya menunjukkan jalan lurus nih..
Dah la pulak berpeluk2 dengan orang Turki(pompuan weh...)sambil ucap TQ.
Panorama SafwaTower dari arah belakang.Gambar diambil dari tkt 9 Hotel
AlHaram. Cahaya kekuningan menandakan suhu yang tinggi.Begitu juga
dengan suhu tubuh saya...demam menggigil2..Syukur dengan izin Allah demam
ku kebah setelah menelan 2biji panadol yang diberi oleh teman sebilik saya..Norli..TQ