Saturday, April 28, 2012

Saya akan melalui kedai ini ....Rumbut Gunding (Barber Shop) setiap kali berulang
alik ke Masjidil Haram.Saya hanya megerjakan Umrah sebanyak 3 kali tetapi
mengerjakan tawaf sunat dan hajat ketika tidak berziarah (ketika Haji 2009 saya
tak puas kerana xdapat bertawaf sunat dan hajat  sebanyak mungkin kerana sbb2
xdpt dielakkan).Sempat gak membeli 2 helai jubah yang dipesan oleh kawan dikedai
belakang tu (kebanyakan tokehnya orang Myanmar).


Wednesday, April 11, 2012

Penyucian Jiwa DiTanah Suci-2

Kisah seorang Makcik yang datang dengan anak dan menantu serta cucu2 seramai 4 orang yang hilang sewaktu tawaf yang pertama tidak mematahkan semangat untuk keMasjidil Haram walaupun saya pergi seorang diri.
Ni la keadaannya masa waktu dhuha.Saya masuk ikut pintu King Abdul Aziz bawa kasut dlm plastik
dan ikat dibeg sandang.Buat tawaf sunat dan berdoa diMultazam... solat sunat 2 rakaat dibelakang
Maqam Ibrahim.Minum air ZamZam dgn doanya...kemudian stokin pulak basah dek lecahnya air
ditempat mengambil air ZamZam.Saya masuk Masjid ikut pancuran emas dan mencari pintu AlFatah
untuk kebilik air(toilet).Bersihkan diri dan salin stokin yang basah dengan stokin spare.Kemudian
masuk balik kedalam MasjidilHaram dan solat sunat dhuha menghadap pancuran emas(mihrab nabi.
Masjidil Nabawi).
Keadaan yang lengang...boleh pilih mana sahaja posisi solat yang dikehendaki....Bahagia sungguh...
lambat lagi nak masuk waktu Zohor...balik dululah untuk berehat...

Monday, April 9, 2012

Penyucian Jiwa DiTanah Suci-part 1

  Tanggal 21 march 2012 diri ini sudah nekad untuk mengerjakan
  Umrah juga pada tahun ini walau tak ditemani sesiapa mahupun
  yang tersayang tapi demi rindu yang tak dapat ditahan lagi rela
  diri ini berkelana meskipun kutahu diri ini kesorangan - tawakkaltu
  'alallah....tuhan menemukan saya dengan sahabat yang bukan calang
  orang..Raja Noor Akma dan ibu saudara (kerabat Raja Selangor)
  Taukeh kilang diSarawak yang sangat peramah.Kemudian Ibu
  Saudara dan anak saudara...Siripah Aishah dan Raja Zaharah.
  Raja Noor dan ibu saudaranya sanggup temankan saya ketandas
  di Marwah dan meminjamkan selipar orang Turki yang banyak
  bersidai ditepi tandas kerana selipar kami diletakkan dipintu
  King Abdul Aziz.(waktu tu baru saie pusingan ke 3).
     Waktu sampai di Jeddah  sudah Isyak.Kami berlima
     terus solat jamak Magrib dan Isyak kemudian menunggu
     bas yang akan membawa kami kehotel.Tetapi sehingga
     jam 12 kami masih di Airport.Raja Noor ambil inisitif terus
     cari bas dengan bertanya pada driver bas Pak Arab tu
     yang kemudian diketahui itulah Bas no.1 yang akan membawa
     kami kehotel diMekah.Rupa2nya kawan2 yang lain tak dapat
     beg mereka lagi.Aduh...mutawif pun entah dimana.Pandai2le
     kami Makcik2 ni buat hal sendiri.Toll free la katakan (ustaz
     yang kata sebab kami semua dah 50an keatas....he..he..)
     Sampai diMekah rupanya kami tak sama hotel...mereka
     berempat di Royal Hotel sedangkan saya sorang di AlHaram
     Hotel.Namun saya bersyukur kerana mendapat 2 orang
     teman sebilik yang sangat baik.Sejuta terima kasihku kepada
     mu ya Allah kerana mengurniakan sahabat dalam permusafiran/
     perkelanaan saya keRumahmu ya Rabbi.Aameen...