Friday, September 28, 2012

Maafkan daku bonda

Bonda,
Maafkan segala salah dan silap anakanda. Jika selama kau berada disini daku tak dapat
melayani segala keperluanmu dengan baik sebagaimana dikau melayani dan membelai
daku sewaktu kecilku dulu.Kasihmu tak dapat dijual beli...kasih seorang ibu...walaupun
kerap dimarahi tetapi semua itu dilakukan demi kasih sayangmu kepadaku dan adik
beradik yang lain.Pilu hatiku melihat dirimu dan ayahanda walau kau tak berkata apa
tapi kufahami melalui gerak badanmu berdua...kadangkala merah juga matamu walau
kau cuba sembunyikan dariku.Bersabarlah ayahanda dan bonda...berdoalah agar disana
nanti dikurniakan anak2 yang lebih baik dari yang ada...kehidupan yang lebih bahagia
dan ketenangan yang abadi...semoga ayahbonda sentiasa dirahmati Allah...aamiiin...

Thursday, September 6, 2012

Hari Raya Tahun Ini

 Kenapa dengan gambar nih?xde apa2....cumanya Raya tahun ni kami adik beradik
 serta mak dan abah terpaksa beraya di Homestay diatas....Sudah 2 tahun kami x
 beraya dirumah mak dan abah kerana mak/abah xbleh balik kerumah atas sebab2
 xdpat dielakkan.Memang homestay ni xdpat menampung kami 6 beradik beserta
 keluarga masing2 (Abang aku xbalik)kecuali anak2 aku berada dirumah mertua
 diseberang jalan.Memikirkan ibu dan bapa mertua pun tak sihat maka kami ambil
 keputusan menyewa 4 hari 3 malam disini.Biliknya hanya 2 buah sahaja,dapur pun
 pakai portable gas cooker.Semua periuk belanga dan barang memasak                                                  dibawa dari rumah diSungai Buloh, selebihnya pinjam dari rumah mertua...
.namun rasa puas hati juga kerana dapat berkumpul adik beradik walaupun
 ada yang terpaksa tidur diruang dapur.
                                                

Ha..ha...nampak x barang2 yang disumbat dalam van nih?..Ada masa kami adik beradik pergi
meninjau rumah mak/abah yang telah ditinggalkan lebih kurang 3 tahun lalu kerana sakit misteri abah
dan mak.Sementara adik2ku tak naik keatas, mereka menunggu dibawah kerana seram nak
naik keatas (rumah tu naik bukit skit). Bila kami masuk dan mengcek barang2 dalam rumah...rupa2nya
banyak barang telah disonglap oleh mat fit.Mereka memecah tingkap bilik air...dan barang yang hilang
periuk belanga,kawah,2 botol tong gas,2 mesin jahit dan pinggan mangkuk yang masih belum dipakai.
Oleh kerana itu kami pun menjalankan operasi menyelamat barang2 lain yang masih tertinggal.Berapa
banyak sangatlah yang boleh dimuatkan kedalam van Serena nih...Lepas tu xtau plak nak diletakkan
dimana...akhirnya duk diam2 le dalam van sampai kami dapat tempat yang sesuai untuk kamu wahai
                                                 barang2.

 Pohon rambutan yang sedang berputik...ada tiga pokok ermasuk satu pokok rambutan
 gading.Manggis juga sudah  mengeluarkan putik.Kelihatan juga bunga2 durian sudah
 berkembang didahan2nya.Tak tahulah kami dapat merasa buahnya atau tidak.Hanya
 tuhan yang dapat menentukan rezki kami...amiiin..
2 malam terakhir kami menginap pula disini.Rumahnya tradisional dua tingkat dengan
8 bilik dan tersangat luas tetapi  kami semua tidur dibahagian bawah sahaja.
Sedihkan? terpaksa beraya di homestay dan Inap Desa.Semoga tahun depan
kami dapat tempat yang sesuai untuk berhari raya,taklah jadi orang nomad lagi.