Friday, January 25, 2013

12.12.12 Ada Suka Ada Duka

12.12.12 LT Bandara Hussein,Bandung
(Add Caption) ha..ha..

Factory Outlet..cuci mata dulu

Pasar Baru...naik juling biji mata ..huh...kain lace,broked,
cotton dan macam2 lain...ongkosnya juta2 dong...

Add caption...Tangkuban Perahu



Teleng sikit mbak...Tangkuban Prahu.



Tangkuban Prahu...masa nak naik tadi sudah tercium bau blerang.


Tokeh kebun strawberry sedang qc itu buah...apsal buah ni
tak besar2...o..o..patutlah..yg kau sampai dah tengahari watpe
orang lain dah kebas dulu waktu pagi2 buta.

Time to lunch....ho..ho..best


cop jempol....sangat harmoni...sejuk dan nyaman..cuma..
menunya yang asik2 itu saja...nasi ayam penyet...


At tempat shopping Paris Van Java (kasi perabih Rupiah yg
juta2 tu makcik)

Sebelum pergi...6 hari rasa terlalu lama..apa nak buat selama
6 hari tu?...ha..ha. bila dah sampai..keluar pagi balik malam
10 ari pun x cukup....tambah2 gi pasar baru...maklum dia
buka pukul 10pg tutup kul 5 petang...mana cukup masa nak
belek kain2 dan beg2 cik oiii...

Berita dukanya...masa tengah spa kat mana tah...tak ingat,Bibah terima
mesej (kami kongsi telefon dan sim kad bayar kongsi2 -bajet sikit
bah...)mengatakan bapa mertuaku dibawa kehospital dan keadaan
lelahnya agak teruk...kubalas mesej en hasben supaya pulang dulu
kekampung kerana kami akan pulang keesokan harinya.Aku takut
tak sempat nak bertemu dengannya kalau sesuatu terjadi.Aku berdoa
semoga aku sempat sampai esok.Didalam kapal terbang hatiku
berasa sebak tanpa aku ketahui sebab2nya...kata hatiku mungkin
aku sedih meninggalkan Bandung..seperti sebaknya aku meninggalkan
Kota Mekah dan Madinah dulu...tapi mana mungkin sebab tiada apa2
yg hendak ku sedihkan...ku seka airmata yang mula nak turun.Mungkin
Miah dapat lihat airmataku...Sampai ke LCCT en asben sudah menunggu.
Kami singgah di R&R Dengkil kerana merasa terlalu lapar namun
sate yang ku suapkan tak dapat kutelan...ku dapat rasakan sesuatu..
Kami bersiap secepat mungkin setelah memunggah barang2 yg ku
bawa dirumahku, kami meneruskan perjalanan pulang kekampung.
Singgah di R&R Tapah untuk solat dan minum sebentar dan meneruskan
perjalanan namun kita hanya merancang tuhan yang menentukan..
sebelum kami sampai ke tol Gopeng asben terima panggilan
dari adiknya yang mengatakan bapa mertuaku telah pergi untuk
selama2nya...Innalillahiwainnailaihirrojiun...Dari mu kami
datang dan kepadamu kami kembali.Semoga Allah mencucuri
rahmat keatas rohnya...AlFatihah...