Wednesday, January 25, 2012

Padamu Ku Bersujud

Ya Tuhanku,
Ampuni daku,rahmati daku,perbaikilah diriku,angkatlah darjatku,berilah aku rezeki,pimpinlah aku,
afiatkanlah daku dan maafkanlah daku.
Ya Allah.
Jernihkan jiwaku,hatiku dan fikiranku dari mengingati kelazatan dunia.Tenteramkan jiwaku,rohku
dalam menghadapi dugaan yang mendatang.Aameen Ya Rabbal 'Alameen.

Sunday, January 22, 2012

Syukur Dengan Apa Yg Ada

Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberi.Masih diberi nafas untuk terus hidup dimuka bumi ini.
Masih boleh beramal ibadat kepadamu walaupun kadang2 didalam kelelahan ini.Mengharung hidup didunia
bukanlah semudah minum ABC yg sangat sedap di Restoran Mee Goreng Powerrr Sek 2 tuh.Hidup ini umpama roda,kadang2 diatas dan kdg2 dibawah tetapi selalunya dibwah (kerana inferiority comp.)Cuma pesan terhadap diri ini,tika berada diatas jangan sekali2 riak dan takbur takut jatuh bedebup macam nangka busuk..sakit dowh...Jangan bersangka buruk trhdap orang lain, perasan org dengki dan iri hati terhadap kejayaan kita.Sifat manusia memang begitu (tentu ada rasa tak puas hati dan rasa jauh hati)....Kalau mereka menjauh diri kerana terasa dipinggirkan bukan bererti mereka berdengki..tetapi kesedihan akan dirasai dan dikongsi bersama org2 yg senasib.Bahagiakah kamu dengan menggembar gemburkan kegembiraan kamu
lalu kamu menekan lagi perasaan org2 yang sedang dalam kesedihan dengan tuduhan2 liar kamu.Sangat sakit rasanya.Kalau tuduhan itu benar tidak mengapa tetapi jika kamu mereka2 cerita....(azab Allah itu amatlah
pedih).

Tuhan,
Iringi langkahku menuju mu dengan lafaz Bismillah....
Selimuti daku dengan kata La Ilahaillallah MuhammadaRasulullah
Sentiasa ingatkan daku ucapan Subhanallah
Syukurku untukmu Alhamdulillah
Memujimu Ya Rabb dengan kalimah Allahuakbar

Thursday, January 12, 2012

Yesterday nyer feeling.

Nih!!! smalam nyer feeling...

Sedih...tapi xde le cam anak monyet ni comei aje...kiti...kiti...kiti..caakkkk.

Wednesday, January 11, 2012

ww

Expression of Feeling today - feel down.Pehal la pulak xleh nk insert gmbar nih...So xdpt nk expression
how my feeling.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua.Semoga
tahun baru membawa cahaya kebahagian dan
keceriaan seceria warna bunga kemboja ditaman
Nurkasihku.Semoga kesuraman pergi bersama masa
lalu.Maafkan andai ada keterlanjuran kata dan
kesilapan penulisan...kiranya itu semua diharap
menjadi peringatan buat generasi mendatang.

Semoga tahun mendatang akan dipenuhi cahaya
gemilang.Terbanglah keseluruh pelusuk nusantara
seakan burung camar yang terbang melewati gunung
dan denai.Berenanglah kedasar lautan yang paling
dalam.Kutiplah mutiara didasar lautannya.Semoga
 apa yang dicita tercapai jua akhirnya...ameen
ya rabbal 'alameen.

nota: adoi..dah la pssword kna block...nak mendelete email sampai naik lenguh,xleh delete
 semua plak tuh kena delete satu2...waaiii...rehatlah dulu esok plak smbung delete.