Wednesday, November 27, 2013

Pinjamkan sayapmu wahai burung camar

Seminggu dua ini jadual ku tak terikat....bebas sebebas burung yang terbang
di angkasa. Wahai Camar....pinjamkan sayapmu...aku ingin bersamamu meneroka
tepian pantai...laut yang biru...gunung yang kehijauan...wahai...bolehkah?...

Bagaimana hati bernyanyi riang..masih ada ruang lompang yang perlu difikirkan..
Lumrah kehidupan manusia..pasti ada kesusahan dalam kesenangan...

Mencari-cari sesuatu didiari untuk mengisi kekosongan ilmu tetapi semua waktu
telah terisi dengan aktiviti..mungkin 2014 akan lebih bermakna buatku untuk
mencari ilmu sekiranya masih diizinkan oleh Allah SWT bernafas didunia yang
fana ini...In Shaa Allah.












Thursday, November 7, 2013

Hasil mahsul dari ladang.


Kecil2 cili api...inilah hasil dari ladang sekangkang monyet...rumah teres tengah yang ada sikit je Tanah..betik Hawaii yang dibeli dari pasar malam...walaupun kecil saiznya sama ngan buah mangga
madu atau lebih sikit tetapi sangat manis dan lihatlah bijinya ada dua sahaja dalam satu buah...susah nak buat benih.


Ini pula mangga madu yang pada mulanya ditanam dalam pasu semasa kami masih dirumah lama..
Taman Alam Megah. Hanya berbuah sekali saja semasa ia masih didalam pasu. Oleh kerana itu
selepas menetap di Sg.Buloh pokok ini dipindahkan didepan halaman rumah..Tanah reserve dekat
tiang TNB..Yes...buat pertama kali dia berbuah agak lebat dan jiran2 pun dapat merasa walaupun xbanyak...dan komen jiran...manisnya mangga nih...Alhamdulillah...semoga ada rezki lagi In Sha Allah.