Monday, July 18, 2011

Minggu Yang Meletihkan Dan Menyedihkan.

Jumaat minggu lepas ke PD 2 hari 1 malam kerana menghadiri kursus
'Kemurnian Aqidah Penyelamat Ummah'.Balik pada ptg sabtu.Ahad
rehat dan isnin mc kerana sakit perut (terlebih makan yg podeh2).
Selasa pg keje.Rabu dan khamis kena pg kursus kat TMTC (hadoi..
hazabnya jem kat jalan duta dan U turn ke jalan Semarak).Balik pon
jem sbb orang berlumba nak gi stadium.Jumaat pg keje.Sabtu pegi
jemputan kawan yang sama gi Haji aritu.Balik,ternampak dorian
kat tepi jalan,kopaklah RM ku...xkesah memang dah antu dorian.
Ahad kena gi kursus frozen food kat Laman Budaya bersama Chef
Faizal Ng.Maleh no nak bangun masa orang lain tgh sedap tido
lagi...hi..hi..terpaksa tapi xpa ...ilmu yang percuma bkn senang nk
dapat.Punyalah penat...macamana nak jadi usahawan nih?belum
apa2 dh serender.Wua...wua..wua..
Dalam penat2 pun fb kena bukak gak. Macam x percaya je dengan
berita pemergian arwah Dr Lo'Lo'. cuba skrol kebawah tengok
betul ke tidak...Sedih dan sayu...Arwah dulu pernah sama sekolah
di SERATA Ipoh. AlFatihah untuk arwah dan takziah untuk
keluarganya.AlJannah sentiasa merinduimu wahai srikandi
yang tabah dalam perjuangannya.
Kini hati semakin sayu...Tuan Guru pula dimasukkan kehospital.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik kepada beliau - Ameen
Ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, June 30, 2011

Masa Untuk Diri Sendiri

Yey...yey...masa tuk diri sendiri.Mkcik Bedah memang
suka warna merah,tapi kenalah bertempat.Takkan lah
warna tudung pun nak merah makcik oi...berpinau biji
mata kang. Oleh itu dengan gigihnya mkcik Bedah
menginai jari jari makcik dengan benda yang
tertera dibawah nih....he...he..
Terima kasih kepada pemberi hadiah ni..(bos yang gi haji aritu)


Oleh kerana terlebih rajin,habis semua kedua puluh jari
kena inai....
                                         Nak melawa,melawa gak tapi khasiat inai (bukan yang segera) banyak.
                                         Antaranya:
                                         Sebagai bahan penyejuk.Inai digunakan untuk menyembuh sakit perut
                                         luka dan kudis keliling kuku serta mengatasi masaalah keguguran rambut.
                                         Juga digunakan untuk merawat masaalah haid dan keputihan.
                                         Akarnya digunakan untuk menyembuh bisul.Kulit dari batang pokok
                                         boleh digunakan untuk merawat masaalah hati atau demam kuning serta
                                         bengkak hati.

Saturday, June 25, 2011

Sudah Sepurnama

Dihari pendaftaran et di Uitm Sri Iskandar

Nak posing sket.Masa ni terjumpa Hajah Nora.

Jalan jalan cari makan.Ingatkan ada gulai tempoyak yop..
cam biasa je menu nya.

Kerana masih awal kami tapau aje nasi dan berkelah
diatas padang (bawah pokok)

et sedang mengisi borang asrama.

Sudah sepurnama cik ct berada di Sri Iskandar.Rasa rindu
gak sebab selalu dia ada kat bilik bawah tu walaupun asyik
memerap dalam bilik.Sekurang2nya ada orang nak tolong bila
ada masaalah ngan komputer aku.Rasa nak balik kampung je,
tapi terlalu banyak urusan yang perlu dibuat.Sabo je le.

Saturday, June 11, 2011

Tiada Dalam Senarai...

Segala tugasan dah selesai:
1.    Bereskan persekolahan anak2.....
2.    Bereskan masaalah yang dihadapi....
3,4,5,6,7,8,9..10...bla....bla...bla
Tapi saya?(seperti iklan Horlicks).....tiada dalam senarai!!!wua..a..a..a..
Daku ingin membawa diri ke daerah yang sepi,yang tiada diganggu oleh
bingitnya kota... tapi kemana?Lalu hati ini ku bawa beristigfar dan memujimu ya allah.
2 hari domam.Dapat 1 hari aje mc,hari jumaat gagah gak pegi kerja sebab nak hadir
Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 untuk cik ctku anjuran KTSA,Selangor.
Road tax kancil dh mati lak,dengan rasa penuh kepayahan (dah jele pete kate organg perak)
pagi tu nunggu BIMB bukak kul 9.30 wow! lamanye...rase nak bareng je kat kerusi tuh ahaks...
Macamana pun hati ni sejuk sikit bile dapat adiah tuh....Alhamdulillah,syukur kepadamu ya tuhanku.

Sunday, May 29, 2011

Pendatang Asing Lebih Mewah

Untuk memenuhi keinginan cik ct yang asyik dok merengek nak h/p BB (hai ..tokeh pon pakai h/p
koman CSL)tapi takpe sebab bleh bukak tv9 tengok rancangan tanyalah ustaz,akhir kami meronda
kat the store.Bajet kurang RM5--.00 (ade ke? kalau xde kira batal le..kemponan cik ct).
Setelah jalan berjalan,kami singgah disatu booth menjual alat telekomunikasi.Mata asyik melihat
BB(he..he.. tapi yang 2nd hand le,mana mampu nak beli baru)Sedang kami dilayan oleh penjual
dan tawar menawar berlaku, nun didepan kami sekumpulan mat bangla ke mat myanmar sedang
membelek2 h/p sambil jeling2 kearah kami...he..he... bukan dia nak ngorat kami...tapi depa dok
bincang dan gelak2 dalam bahasa depa (ntah hape dorang ngumpat kitorang...haish...husnuzon le)
Ropanye baru terperasan, depa dok belek h/p paling mahai tuh...hui...hui..malunya kami.
Mesia yang kaya raya tapi....maleh nak cakap. Gaji lulusan diploma pun tak cukup nak sampaikan
cukup bulan. Akhirnya dapat jugak le hajat cik ct nak melaram ngan BB walaupun bukan 1st hand.
Jadiklah.

Friday, May 27, 2011

Rinduuw SeRinduuw Rinduuwnya.

Rindu itu datang lagi
Tidak mengira waktu
Ketika Rukuk
    Ketika Sujud     
Ketika Tidur
Ketika Jaga
Ketika Makan
Ketika Minum
Ketika duduk
Ketika berjalan
Ketika Payah 
Ketika Selesa

Ketika,ketikanya
Bila rasa ini terlalu menyeksa
Tak dapat ku tahan air mata ini
Yang gugur bagai mutiara
Tuhan,
Jangan cabut
Rasa rindu kepadamu dan Baitul 'Atiq itu
dari hatiku ini

(gambar hiasan: sori,upload dari Hidup Biar Allah Sayang TQ)
                  

Sunday, May 15, 2011

Sudah Suratan.

Buat anakku...Kalau tak dapat apa yang kita suka....sukalah apa yang kita dapat.
Mungkin bidang itu tak sesuai untuk kamu. Terima sajalah takdirnya. Yang penting
belajar bersungguh2 dan kemudian capailah apa yang dicita2kan.Selamat menjadi
warga UiTM Sri Iskandar. Ke Bote le kite ye.....Semua sudah ada, jangan meroyan
lagi...hokeh...