Waktu kecil kita berangan seronok jadi remaja.
Waktu remaja kita berangan seronok jadi orang dewasa.
Waktu dewasa sudah bekerja dan punyai tanggungjawab berganda
kita berangan menjadi orang tua yang dah takde kerja
duduk dimasjid dan beramal saja...
Waktu dah menjadi orang tua kita teringat pula alangkah
seronok jadi kanak2,dibelai dan dimanja oleh ibu bapa
makan minum semua tersedia....(semua ini timbul semula
bila anak2 dah tak ada masa bersama kita).
Itulah putaran hidup yang terpaksa kita hadapi juga
Ingatan buat diri ini
Yang sering berangan itu ini
Isikan masamu dengan sebaik2nya
Agar tidak rugi dihari muka
"Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian
kecuali orang yang beramal solih dan berpesan2 kepada
kebenaran"
Sunday, October 20, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Hari hari seorang POP
Hari hari seorang yg bergelar POP (persatuan orang pencen)..mula2 terasa sangat sunyi sebab dah biasa bangun pagi terus pergi ketempat kerja. Tetapi sekarang boleh berlengkor sampai puas. Berapa lama yang dimahukan? terserah...diri sendiri yang tentukan.
Hu..hu.. tiada gambar lg...baru nk belajar guna window 8... dah biasa mengadap computer..nk x nak terpaksa le oder DELL.
Tugas sekarang hanya menjaga orang tua sbb mak baru lepas operate mata (cataract). Masak utk berbuka...kadang2 gi bazar Ramadan kat Saujana..malam gi terawih...lepas tu tadarus sampai kul 12.
Pukul 4 bangun masak utk sahur...Abe pulak sain kerja hingga 60 (selagi sihat). Malam ni dia berbuka di SA dengan department tempat kerjanya. Tinggal kami bertiga je...Tak sedar dh azan zohor..ok bye..
Hu..hu.. tiada gambar lg...baru nk belajar guna window 8... dah biasa mengadap computer..nk x nak terpaksa le oder DELL.
Tugas sekarang hanya menjaga orang tua sbb mak baru lepas operate mata (cataract). Masak utk berbuka...kadang2 gi bazar Ramadan kat Saujana..malam gi terawih...lepas tu tadarus sampai kul 12.
Pukul 4 bangun masak utk sahur...Abe pulak sain kerja hingga 60 (selagi sihat). Malam ni dia berbuka di SA dengan department tempat kerjanya. Tinggal kami bertiga je...Tak sedar dh azan zohor..ok bye..
Sunday, June 23, 2013
Ahlan WaSahlan YaRamadan
Selamat menyambut Ramadan kepada semua Muslimin/Muslimat,Mukminin dan Mukminat..
Wednesday, March 20, 2013
Bored
Bila la nak merasa melancong kesini.
Tenteram dan aman sekali.
Atau disini.
Atau disini mencari tempat berteduh.
Seorang perompak sedang merompak pakcik jual
kuih...
Perompak: (sambil mengacu pisau dileher pakcik)
"wang atau nyawa"
Pakcik yang ketakutan : "atau" sahajalah encik...
Cerita ini tidak ada kena mengena langsung dengan
tajuk sebab tajuk pun boring kan...
Tenteram dan aman sekali.
Atau disini.
Atau disini mencari tempat berteduh.
Seorang perompak sedang merompak pakcik jual
kuih...
Perompak: (sambil mengacu pisau dileher pakcik)
"wang atau nyawa"
Pakcik yang ketakutan : "atau" sahajalah encik...
Cerita ini tidak ada kena mengena langsung dengan
tajuk sebab tajuk pun boring kan...
Friday, January 25, 2013
12.12.12 Ada Suka Ada Duka
12.12.12 LT Bandara Hussein,Bandung
(Add Caption) ha..ha..
Saturday, November 17, 2012
Mata Dan Hati
Biar sakit mata
Jangan sakit hati
Biar sakit dimata
Jangan sakit dihati
Biar buta mata
Jangan buta hati
Biar makan cili berkantung-kantung
Jangan makan hati berulam jantung
Tuesday, October 23, 2012
3D2N
14 Oktober, kami bertiga beranak berangkat ke arah
selatan tanahair tapi berhenti diperhentian Air Keroh
dan merehatkan diri disalah sebuah hotel yang nyaman
seperti dibawah ini.
Terjun jangan tak terjun, opah...atuk...dah lama
tak berenang masa nilah nak melepas gian.
Sambil2 ambil angin petang sempat jugak melihat
labi2 (kura2)didalam kolam...terhibur juga hatiku
yang sedang duka lara....
Malamnya sempat pergi ke Restoren Nakhoda untuk
menjamu selera.Punyalah lama tak meronda Melaka.
Untungnya menginap disini...dapat diskaun ketempat
yang dinyatakan dalam kad (untuk yg ada.
kad pesara).best.....
Esoknya 15 Oktober selepas check out kami meneruskan
misi kearah selatan....sudah telefon hotel GH kat Skudai.
Panorama dari tingkat 12 hotel GH Skudai.
Ada 1 bed kingsize (kami bertiga) Adi terpaksa
tidur dilantai yang dilapik dengan cadar....dahtu
tv pun entah dimana suisnya...jenuh meraba barulah
dapat on.Water heater pun tak tahu dimana suisnya.
Telefon teknisen....sampai kesudah tak moncol2..
wak...aiihh...dahla sewa mahal giler...cuma nak
tidur satu malam dan esok pagi terus gi UTM
(konvo Si Adi).Petang tu gi ambil Adi yang dah siap raptai...
telefon kawan yang sama gi
Umrah bulan mac aritu..Kak Raja Zaharah yang
ada kedai jubah di Giant Mall.
Sangat rindu padamu kakak....terima kasih diatas
pemberianmu...akan kukenang sampai bila2.
Semoga perniagaaan kak Raja bertambah maju..
aamiiinn..
Check out hotel pukul 7.00 pg...pecut
kereta keUTM takut jalan jem...tak
sempat nak sarapan terus masuk dewan.
Nasib baik acara cepat selesai.
Terus kami menuju kafetaria untuk minum
pagi.Selepas ni acara bergambar la pulak.
Ambil nombor giliran untuk mengabadikan
kenangan yang entah bila lagi akan sampai
kesini.Terjumpa pulak dengan Pakcik Zubir
yang datang untuk menghadiri konvo anaknya
pada sesi petang.Ok lah .....rasa dah sangat2
penat....Selepas sesi bergambar kami pun
beransur untuk pulang ke Sg.Buloh.Selamat
tinggal Skudai...ada masa jumpa lagi..bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)




