Monday, December 2, 2013

Nak Kemana Kita...

Pertanyaan untuk diri ini dan kepada yang mahu merenung diri sendiri...(kalau yang tak mahu merenung tidak mengapa...tiada paksaan).

Kita selalu mahukan kesempurnaan..memang itulah yang disarankan oleh Agama kita tetapi jika berlebihan umpamanya dalam cara berpakaian...melebih2 hingga nak keluar rumah dah jadi macam patung berjalan jea atau nak jadi model dengan jalan menegak dan batang leher kaku tak bergerak nk menoleh pun susah...watpe lah menyusahkan diri..adakah Allah akan pandang kita dengan pandangan rahmat atau pandangan murka...

Teliti lah setiap tindakan kita (aku)...apa guna nak bermegah2 dengan harta dunia yang hanya sementara..akhirat jua yang kekal selamanya...bila dikuburkan tinggallah semua kemegahan,kekayaan,pangkat,pengikut yang ramai,semua yang dikasihi akan tinggal didunia sedang yang mengikuti kita adalah amal kebajikan yang dilakukan semasa masih hidup...

Ingatan buat diriku...bersyukur dengan apa yang ada dan bersederhana lah dalam kehidupan ini..