Saturday, March 19, 2011

Malam Minggu



Adoyai.....malam ni malam minggu.Penyakit 'M' sudah menyerang.
Malasnya nak fikir masak lauk apa malam ni.Check freezer dan keluarkan
semua barang.Ada meatball az-zain,sosej ramli,kentang(mm..nak masak apa ni
ya?)fikir punya fikir ada tak cukup bahan.Soh anak bujang tu gi beli brokoli dan
karet serta salad.Dengan bantuan ko chef, akhirnya....ta...da...sudah siap.
 Dari dapur makcik Bedah
ni dia hidangan yang tak tahu diberi nama apa (hantam sajelah labu).Hidangan ini
untuk lapan orang sahaja,tapi satu orang sudah gi keje malam.Satu lagi sudah mabuk
darat.Tinggal lagi enam orang sudah sapu licin sambil tengok majalah tiga dengan
pengacara yang cantek molek tu..hmm..nyum..nyum.Sambung tengok hero kampung pulak.
Layannnn....................


             Menu dari restoren MkCik Bedah ni hanya boleh oder
setahun sekali je.Sila jangan muntah he...harga
            bagi satu hidangan tiga ploh hengget saje(ya ampun...)

Teringat semasa dulu (duduk rumah orang bujang)
Malam minggu mesti makan burger atau mee/kway
teow goreng (kat pekan sg way dan batu kentomen).