Wednesday, September 21, 2011

Iras Wajah


Raya tahun 2011 barulah berpeluang menyaksikan filem Laskar Pelangi yang ditayangkan
pada tahun 2008. Dah 2-3 kali ditayangkan selepas raya di TV astro...baru terperasan
pelakon yang berambut ikal - IKAL (Zulfani) adalah seiras dengan wajah sibujangku
(adalah sikit2) Zulfikar.Meneliti jalan cerita...mengimbau kenangan sewaktu mereka
kecil dulu.Masa tu tak sempat nak perhati aktiviti mereka tapi dah tentu seronok
maklumlah tak perlu fikir2 masaalah yang dihadapi oleh orang tuanya.Dari rambut
dahi,kening,mata dan sosok tubuh memang tak ubah seperti Zul sewaktu berumur
8-10 tahun dulu.Melihatnya dapat menghilang kerinduan masa lalu.




Kenangan masa lalu.Jika diingat2 mengalir airmata ini.




Mungkin ya mungkin tidak.Sila abaikan mamat berbibir tebal sebab dia punya cerita lain
sket.Gambar ini diambil pada tahun 2007 waktu baru dpt pencen 50...he..he bawak
mereka gi Langkawi (kecuali Kak Long sebab dia kerja ,takde cuti)

Ok...nak cerita pasal si mamat tuh.Masa cuti semester dia kerja part time kat airport
jadi customer service.Tolong tunjuk2kan mana yang patut pada customer.Ada la satu
mamat bangla asyik perhati dia sambil senyum2.Dia pu terheran sbb apa mamat
bangla ni asyik senyum ngan dia.Tiba2 mamat bangla tu tanya dlm bahasa inggeris
dah ditranslate kedalam bahasa ibunda lebih kurang beginilah...'awak dari mana?'
Hadi: 'saya dari Shah Alam' mamat bangla: 'Oh, I see'... you look like my sons.
Hadi:(?.....hua...kua...kua...ada ke rupa aku macam mat bangla?ish...ish..ish)tapi
nak nengok ya ke idak tak dpt nak pastikan sbb takde gambo.sori.