Tanggal 21 march 2012 diri ini sudah nekad untuk mengerjakan
Umrah juga pada tahun ini walau tak ditemani sesiapa mahupun
yang tersayang tapi demi rindu yang tak dapat ditahan lagi rela
diri ini berkelana meskipun kutahu diri ini kesorangan - tawakkaltu
'alallah....tuhan menemukan saya dengan sahabat yang bukan calang
orang..Raja Noor Akma dan ibu saudara (kerabat Raja Selangor)
Taukeh kilang diSarawak yang sangat peramah.Kemudian Ibu
Saudara dan anak saudara...Siripah Aishah dan Raja Zaharah.
Raja Noor dan ibu saudaranya sanggup temankan saya ketandas
di Marwah dan meminjamkan selipar orang Turki yang banyak
bersidai ditepi tandas kerana selipar kami diletakkan dipintu
King Abdul Aziz.(waktu tu baru saie pusingan ke 3).
Waktu sampai di Jeddah sudah Isyak.Kami berlima
terus solat jamak Magrib dan Isyak kemudian menunggu
bas yang akan membawa kami kehotel.Tetapi sehingga
jam 12 kami masih di Airport.Raja Noor ambil inisitif terus
cari bas dengan bertanya pada driver bas Pak Arab tu
yang kemudian diketahui itulah Bas no.1 yang akan membawa
kami kehotel diMekah.Rupa2nya kawan2 yang lain tak dapat
beg mereka lagi.Aduh...mutawif pun entah dimana.Pandai2le
kami Makcik2 ni buat hal sendiri.Toll free la katakan (ustaz
yang kata sebab kami semua dah 50an keatas....he..he..)
Sampai diMekah rupanya kami tak sama hotel...mereka
berempat di Royal Hotel sedangkan saya sorang di AlHaram
Hotel.Namun saya bersyukur kerana mendapat 2 orang
teman sebilik yang sangat baik.Sejuta terima kasihku kepada
mu ya Allah kerana mengurniakan sahabat dalam permusafiran/
perkelanaan saya keRumahmu ya Rabbi.Aameen...