Monday, April 18, 2011

Saturday yang busy

16.4.2011 - Pagi kena hantar Cik Ct ke UITM S.Alam untuk interview Mascom.Sebelum tu kena hantar
KLong kerja dulu.Hujan turun dengan lebatnya.Ingatkan boleh sampai sebelum pukul 8.30am..wadowai..
jem la pulak kat seksyen 2 tuh ngan kereta,bas.. sib bek lori pun tak nyebok kalau tak mesti hangin satu
badan.Halamak minyak pulak dah turun ke E...ha..ha.. boleh ke tidak cik Kelisa aku ni panjat bukit UITM
tuh?Ya Allah panjangkan hayat minyak nih.Terketaq2 lutut nih..hai.kalau kau berenti kat tengah jalan (akibat
minyak kering kontang)bertambahlah jemnye..Nak cari parking pun bukan main susah lagi.Akhirnya Cik
Ct gi naik bukit sorang2 tanpa teman.Ingatkan nak pergi beli apa2 untuk lapik perut sebab belum sarapan,
tapi tak jadi...akhirnya dengan penuh debaran pelan2 keluar ikut belakang dan belok ke seksyen 7 untuk
mencari pam petronas.
Selesai mengisi minyak,tengok tayar pulak kempis skit...isi angin la pulak.Sarapan kat Azira lepas tu terus
balik Sg.Buloh untuk hadir kursus Pengurusan Jenazah disurau AlHidayah.Baru saja duduk,terima mesej
dari Cik Ct "kasut ET tercabot..tengah interview neh".Sabo jele Cik oi...ibu dah balik takkan nak gi sana balik.
Mengikuti kursus dengan penuh rasa keinsafan.Begini rupanya bila kita dah jadi mayat.Tiada apa yang dapat
menolong selain dari amal ibadat,doa dari anak yang soleh dan harta yang disedekahkan.Dimana kekayaan,
kekuasaan.pangkat dan kekuatan sudah tidak berguna lagi.Hanya kain putih pembalut badan.Tiada wangian
estee lauder,gucci dan entah hape2 lagi...hanya yang ada kapur barus,cendana sebagai pewangi badan.
Hadoi...cepatnyer masa berlalu.Jam dah menunjukkan ke angka 6.30 petang tapi kursus belum tamat
lagi.Ada lagi satu urusan nak diselesaikan.Pelan2 keluar surau dan bertolak ke seksyen19 untuk mengambil
kuih yang dipesan.Alhamdulillah sempat solat maghrib dirumah.
Malam ada lagi satu acara iaitu satu majlis perjumpaan muslimin/muslimat.Majlis selesai pukul 11.30pm
dan alhamdulillah semua kuih2 habis terjual (dimakan).Esok...ada lagi tugas...bawa abah dan mak berubat
dengan Ustaz Malik.Rasa dah tak larat tapi mengenang mak/abah...bila lagi nak balas jasa mereka.Ketika
mereka hidup nilah.Kalau nak dihitung jasamu tidak dapat dibalas dengan seisi dunia nih.Hanya allah yang
dapat membalas dan kami buat apa yang terdaya oleh kami yang sangat lemah ini.Semoga allah mengampuni
dosaku,suamiku,anak2ku,kedua orang tuaku,saudaraku yang laki2 dan saudaraku yang perempuan serta
dosa kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal..amin ya rabbal 'alamin.

Wednesday, March 23, 2011

Akhirnya....


Pagi,membelah kesibukan bandar Sg.Buloh ditemani
anak menuju satu matlamat.... Sek ERT Setapak.Hati
ibu dag dug,hati anak apa lagi.Untuk hilangkan stress
buka radio IKIM dgn celoteh Siti Rohani dan Pian
Saujana.Kebetulan topiknya tentang harga sebuah sijil.
Yelah..apa2pun kena terima dengan redha dan itu bknlah
akhir sebuah kehidupan.Kadang2 orang yang takde SPM
pun boleh berjaya dari orang yang ada PHD.Hai...sabarlah
hati.Sampai sekolah kul 10.30.Tunggu hingga kul 12.30
hari,masih belum kluar kputusan.Perut dah rasa lapar
kenyang.Pelajar2 mula bising.Oder nasi dan air utk isi
perut.Baru sesuap dua pengetua bagi pengumuan soh
budak2 tu beratur ikut kelas.Suapan jadi terhenti.Rasa
takleh nak telan.Mataku melihat Cik Siti beratur.
Kedengaran jeritan kegembiraan dari mereka yang
dapat keputusan cemerlang.Cik Siti masih belum ambil
keputusannya.Makanku jadi terhenti.Mataku tak lepas
memandang barisan Cik Siti.Tiba2 Cik Siti bawa slip
dengan linangan airmata meluru kearahku.Ah...sudah,
apapun keputusannya aku terima dengan reda.
Kupakai cermin mata untuk melihat lebih jelas......
Alhamdulillah.....anakku..atas usahamu dan doa dari
keluarga dan sahabat serta izin allah akhirnya membuah kejayaan.
Syukur kepadamu tuhan kerana memperkenankan
doa kami.Namun sebelum keputusan kluar
diriku adalah seperti dalam gambar ini.




Saturday, March 19, 2011

Malam Minggu



Adoyai.....malam ni malam minggu.Penyakit 'M' sudah menyerang.
Malasnya nak fikir masak lauk apa malam ni.Check freezer dan keluarkan
semua barang.Ada meatball az-zain,sosej ramli,kentang(mm..nak masak apa ni
ya?)fikir punya fikir ada tak cukup bahan.Soh anak bujang tu gi beli brokoli dan
karet serta salad.Dengan bantuan ko chef, akhirnya....ta...da...sudah siap.
 Dari dapur makcik Bedah
ni dia hidangan yang tak tahu diberi nama apa (hantam sajelah labu).Hidangan ini
untuk lapan orang sahaja,tapi satu orang sudah gi keje malam.Satu lagi sudah mabuk
darat.Tinggal lagi enam orang sudah sapu licin sambil tengok majalah tiga dengan
pengacara yang cantek molek tu..hmm..nyum..nyum.Sambung tengok hero kampung pulak.
Layannnn....................


             Menu dari restoren MkCik Bedah ni hanya boleh oder
setahun sekali je.Sila jangan muntah he...harga
            bagi satu hidangan tiga ploh hengget saje(ya ampun...)

Teringat semasa dulu (duduk rumah orang bujang)
Malam minggu mesti makan burger atau mee/kway
teow goreng (kat pekan sg way dan batu kentomen).


Sunday, March 13, 2011

Doa Dari Imam Al-Ghazali Untuk Anak2nya.



Wahai anak!telah kutuliskan dalam fasal ini apa yang jadi kehendakmu,maka patutlah engkau amalkan dan dalam pada itu janganlah engkau lupa mengingatkan dalam doamu yang baik2.
A'UZUBILLAHIMINASHAITONIRROJIM
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Ya Allah! Bahawasanya aku memohonkan kepadamu nikmat yang sempurna
Dan tentang tetapnya perlindungan
Dan tentang kandungan rahmat keseluruhannya
Dan tentang cukupnya kesihatan
Dan tentang sentosanya kehidupan
Dan tentang bahagianya umur
Dan tentang kebajikan yang secukup2nya
Dan tentang pemberian yang paling luas kebajikannya
Dan tentang limpah kurnia yang sesedap-sedapnya
Dan tentang kehalusan budi yang sedekat-dekatnya
Ya Allah! kiranya engkau dipihak kami,janganlah dipihak lawan
Ya Allah! tutuplah saja kami dengan kebahagiannya
Dan buktikanlah penghargaan kami dengan tambah bertambah
Dan sertakanlah pagi dan petang kami dengan kesihatan
Dan jadikanlah pulang dan kembali kami kepada rahmatmu
Dan tumpahkanlah dulang maafmu kepada dosa-dosa kami
Dan berilah kami kemurahan dengan memperbaiki 'aib-'aib kami
Dan jadikanlah "taqwa" menjadi bekal kami
Dan letakkanlah kegiatan kami dalam urusan agamamu
Dan tawakkal serta pergantungan kami kepadamu
Ya Allah! teguhkanlah pendirian kami dijalan istiqomah
Dan lindungilah kami didunia ini daripada kejadian2 yang menimbulkan penyesalan dihari kiamat
Dan kurangkanlah dari kami keberatan tanggungan
Dan berilah kami kehidupan seperti kehidupan orang baik-baik
Dan peliharalah kami dan jauhkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang jahat
Dan lepaskanlah diri kami,anak-anak kami,ibu bapa kami dan saudara mara kami dari neraka
Dengan rahmatmu ya Tuhan, yang berkuasa,yang memberi ampun
Ya Allah, yang pemurah,yang suka menutupi aib hambanya
Ya Allah, yang maha mengetahui,yang maha perkasa
Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah
Dengan rahmatmu,hai pengasih diantara segala yang pengasih
Ya Allah yang adanya dari segala yang dahulu
Ya Allah, yang bersifat "kemudian sekali" dari segala yang kemudian
Ya Allah, yang mempunyai kekuatan yang sangat teguh
Ya Allah,kasihani segala orang miskin
Ya Allah, sepengasih-pengasih diantara segala yang pengasih
Tiada Tuhan melainkan engkau
Maha suci engkau,bahawasanya aku terhitung orang yang membuat salah
Moga-moga Allah memberi salawat atas penghulu kami  nabi Muhamad SAW
 dan atas keluarga dan sahabat2nya semua
Dan segala puji bagi Allah,Tuhan seru sekalian alam
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN




Sunday, February 27, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Sabtu 26,hadir seminar Transformasi Diri anjuran Richwork dengan mentornya Dr Azizan.Wah berapi sungguh.Semangat menyala tak terkira.First time hadir kursus ni. Dapat la ilmu nak mengenali watak2 manusia dan juga watak sendrik.Wow! Dr Azizan nyer pendapatan RM7xxxxxxxxx ,ntah tak tau nak kira.
Camna nok gi takat tu....takpe yang penting aku kaya dan berjaya...cukup 44x insyaallah.Kalau tak jadik aku cari Dr Azizan,heh...heh....gurau je.Semua tu boleh dicapai dengan minda yang kental dan usaha berterusan..insyaallah.Lepaih seminar,hadoi macam dah tak larat lagi.Agaknyer penangan Chicken Dance
yang terpaksa dibuat masa seminar tuh...yela nak sporting la katakan.
Balik ambil klong yang habis kerja kul 4 petang.Kngah drive.Bincang ngan Kngah kita makan kat luar
je dah tak larat nak masak.Yang dirumah tu mesti dah lapar.Ok....kebetulan semua ada kat rumah.Hadi pun
mc seminggu kerana accident (hujan tak ribut tak,terjatuh motor masa nak gi beli burger-calar balar gak
kaki dan tangan.dah la kerempeng)siannya.
Malam ni jalanjalan cari makan kat Jeram.Alahai lupo lak bawak kamera. Takpe la, tapi order makan
malam tu sedap.Kngah order Ketam bercili,Udang butterprawn,Sotong goreng tepung,Siakap tiga rasa
Pepahat masak serai (liat sket,dulu masa budak2 ni kecik lagi kitorang berkemah kat tepi pantai Morib)
Beli pepahat ni kecik je tak la sebesar yang kat Jeram nih.Rasanya sangat manis.Air pulak order
Air Limau kasturi asam boi,fresh olen,air tembikai....and seperti biasa rajalawak buat lawak kat
Pantai Jeram.Kalau tak de dier macam tak bermaya jer.Ok sekian untuk hari ni.Sori tak de gambar.
Thank you Kngah kerana belanja kitorang sempena dapat bonus dan naik gaji.Len kali belanja lagi ye!

Saturday, February 19, 2011

Saat2 Ceria Kamooo..

gurau senda yang mengasyikan


saat indah ketika bersama


tiada duka dihati

bermain dgn anak kucen ketika cuti di Manjung(rumah cikgu Mokhtar)

Maksu,dulu layan anak buah...sekarang layan anak sendiri plak..

senyuman yang terukir menjadi penawar  dikala duka.


bersama nana, anak jiran kami waktu
melawat bukit cerakah (rumah 4 musim)



Kenangan ini terlalu indah untuk dikenang.

Saturday, February 12, 2011

Pulau Pangkor

seekor kuching menyambut kedatangan kami

nak posing skit kat chalet nih..

tiada yang menarik dimusim yang kelam ni..hanya 2 ekor
burung enggang tgh berposing kat atas wire telepon.

cadang nak gi round pulau naik moto,kensel kerana
hujan turun tak berenti.

lapar la pulok...order makanan seperti dibawah nih..


dah selesai....alhamdulillah


mana adi ni?...kata nak mandi laut...kamu jampi air
tu sampai jadi suam baru nak terjun..ho..ho..ho

apo yang kau tunjuk tu jang oi...perutmu yang kempes
tu belum sarapan lagi ke?

anak bujangku yang selalu buat lawak,
(boleh gak menghiburkan hati yang sedang
berdukalara).