Sunday, November 7, 2010

Balik Kampung




Hari Jumaat (cuti deepavali) tiba2 aje terasa rindu ngan opah dan atuk (mak
  mertua dan bpk mertuaku),kami berempat bertolak dari Sg.Buloh selepas asar.Usai solat maghrib di surau Petronas Hutan Melintang kami melilau di  pekan HM mencari kedai makan sebab perut dah berkeroncong.Pusing2 sampai ke bagan...hampeh..Pusing balik menuju Telok Intan.Singgah di satu restoran tepi sungai.ok lah gak makanan nye.pueh hati. Sampai rumah pukul 11.00 malam.Gembira tengok atuk dan opah dan juga adik ipar (Pak Ngah dan Mak Ngah).Oh ya dalam perjalanan tadi sempat beli mentarang dekat gerai tepi jalan di Sungai Besar.
                       Hari Sabtu makan tengahari ada macam2 lauk termasuk mentarang rebus.Memang sedap,manis tak payah taruh gula.Selepas zohor dah ada program menunggu. Taadaaaa.......upacara mengait buah mangga.Sebenarnya aku bukanlah suka sangat buah yang masam ni....tapi......ha!kalau dibuat jeruk sudah tentu boleh dimakan dan disedekah kepada kawan dan jiran.Yes....projek besar2an nih.Dapat 2 plastik besar.Ouwh.....banyak tuh,nanti tak muat peti ais aku,dah lah satu peti ais hantar ke bengkel.Tapi tak pe sementara tunggu buah ni diperam mungkin peti ais aku dah ok.
                      Hari Ahad...Baiklah sekarang upacara nak memeram buah mangga ni dulu.Air dah dimasak dan disejukkan.Sebentar lagi nak bubuh garam jantan dan peram buah mangga ni.Tunggu dua tiga hari sehingga kulitnya menjadi kuning. Ok sementara itu gambar dibawah ialah daun bebuas.Nanti tengahari aku nak rebus dan buat sambal mangga.Fuh....kena pulak dengan ikan gelama masam.Tak nampak orang lalu belakang.Ok aku nak teruskan kerja aku.
               mangga memang sodap klo buat sambal belacan letak mangga...x pun buat kerabu mangga...pergghhh...kecur..

            


ini la pucuk daun bebuas....