Friday, November 5, 2010












                                        testing kamera baru...  :)

fuh....panas nih...




sarapan di kafeteria


omak aku....sonyum sket...  : )
                              
                                                                   hj.mat & hj.zamri (abah aku)





                                                        Hj.Hassan & Hj.Haslizam


                                            menunggu bas yg akan membawa kami ke arafah

perjalanan ditunda dari selepas zohor ke selepas asar kerana hujan turun
dalam perjalanan ke hudaibiyah kami singgah di ladang unta


unta ni nak bermanja-manja...hehe


lawatan ke muzium




replika pintu kaabah



   

malaysia bagoosss.......
senyum dalam tangisan (sedihnye nak tinggalkan
kota suci madinah)


k.hjh.raimi dan ibu mertuanya




hjh.Fatimah Murni & suami..kenalan dari Ipoh



bergambar sebelum bertolak ke airport

                                           

 

Hjh.Nora & suami 


sempat lagi berbincang...




selamat sampai di KLIA pada 31 Disember 2009 jam 12.30 tengahari......






Setelah setahun memendam hasrat untuk merakamkan saat indah kami berempat (abah,mak,suami dan aku)mengerjakan haji pada tahun 2009 bersamaan 1430H barulah tertunai hajat dihati. Ini kerana kesibukan masa dan yang sebenarnya juga buta IT.Alhamdulillah dengan bantuan anakku Munirah akhirnya berjaya juga aku berblog.Blog ini hanyalah untuk sekadar suka2,tidak ada kena mengena dengan sesiapa.Jika ada salah dan silap harap dimaafkan.Juga buat renungan anak2ku NurulHuda dan Zaidi,Munirah,Adi Hariz,Zulfikar dan Siti Nursyafiqah.Ucapan terima kasih kepada anak segera (angkat) Firdaus serta teman2nya Amirul,Syafiq Amin yang kelakar dan lain-lain yang tak ingat namanya (minta maaf).Diatas segala pertolongan kalian semasa kami berada di Kota Mekah.Semoga allah membalas jasa baik anak2 semua. Waktu di Madinah,sempena 10 Muharam kami sempat berpuasa sehingga 12 Muharam (kebetulan 12 Muharam adalah tarikh lahir Munirah)Doa ku semoga menjadi anak yang solehah,taat kepada orang tua dan berbahgia dunia dan akhirat -amin.Kepada anak yang lain,setiap hari lahirmu ibu akan berpuasa (sekiranya tiada halangan).Hari khamis bersamaan 27 Zulkaedah pun ibu berpuasa untuk hari lahir Adi Hariz.Huda - 11 Safar,Zul - 4Safar,Siti - 6 Jamadil Akhir.

AKU RINDU (HAJI 2009 -1430H)

Aku rindu Harmainmu ya Allah
 Aku rindu solat di Masjidil Haram
Aku rindu solat di Masjidil Nabawi
Aku rindu naik bas ke Arafah
Menadah doa di padangmu
Berhenti sebentar di Muzdalifah
Aku rindu Mina dan melontar di Jamrah
Aku tak dapat menahan sebak
Mengingat suasana semasa kita di sana
Masih terbayang gunung dan bukit gondol
Di sana kekasihmu ya Allah
Dengan sabar menyebar dakwah
di kalangan mereka yang angkuh dan kasar
Aku rindu melihat ladang unta
Aku rindu Tanaim,Jikronah dan Hudaibiyah
(kala mahu mengerjakan umrah)
Aku rindu jalan jalan di Mekah
Dengan teriakan penjual
"dua riyal,dua riyal"
Aku rindu melihat Bazar dan Aked
Yang dipenuhi gelagat manusia
(kini,mungkin pasar seng telah tiada)
Aku rindu tawaf di rumah mu yaAllah
Aku rindu turun naik bukit Safa dan Marwah

Kali terakhir tika bas akan bertolak ke Madinah
Air mataku tertumpah
Melihat anak anak kecil di Sekolah Rendah
Sedang kusyuk solat berjemaah di Madrasah
Mekah kami tinggalkan

Perjalanan menuju Madinah AlMunawwarah
Kota yang aman dan damai
Sejuknya hati sesejuk musim salji

Aku rindu disapa penjaga Masjid
Dengan kelubung dan jubah hitam
Meraba beg sandang yang dibawa
Aku rindu berebut masuk ke Raudhah
Menadah doa di tamanmu ya Rasulullah
Kala melalui makammu
Air mataku tumpah jua
Aku rindu nak ke Masjid Quba
Solat dua rakaat yang menjanjikan
Pahala seperti mengerjakan umrah
Aku rindu nak melawat Makam Syuhada
Membacakan doa untuk roh para sahabat
Melihat bukit Uhud yang dijanjikan syurga
Mengimbas kembali sejarah para pejuang
Aku rindu,aku rindu,aku rindu
Ya Allah ya Rabb,izinkan aku menjadi tetamu mu lagi ya Allah