Friday, December 2, 2011

oPah Bedah Gi CH

Lama benar tak pegi bercuti. Oleh kerana Laling I bercuti 28-30 Nov jadi cadangnya nak gi
CH kerana entah dah berapa lama tak pegi. Dulu masa anak kecik2 seronok bawa mereka
tetapi sekarang semua dah besar2 dan buat hal masing2 maka kami bercadang nak bawa
Atuk dan Opah (skg dh jadi moyang). Kami bertolak pagi kerana risau nanti bila petang
hujan le pulak..tak syiok. Seronok sungguh kerana tak banyak kereta lagi...jadi senang
taklah asyik membrek aje...Selepas Lata Iskandar kami berhenti kat satu gerai orang asli
yang menjual durian (memang hantu dorian ok...)



(gambar hiasan ini bukan durian bukit yg dijual oleh orang asli tuh).

Selepas tawar menawar dapatlah dikurangkan harganya sedikit. Tapi memang berbaloi sebab
rasanya sangatlah nyaman...marem kata orang jawa.Sambil tuh sembang2 lah ngan orang asli
(penjual tuh).Dia kata hari ni semua orang (asli) gi sekolah amek duit RM450.00 satu orang
murid.(fikir2)...wah kalau 4 orang anak dah berapa tuh?kayo jangan tak kayo...he..he..teman
dah takde anak sekolah rendah dan menengah (tak merasa le) cuma tinggal sorang saja yang
belajo kat UiTM Sri Iskandar.
Kami meneruskan perjalanan ke Ringlet, Tanah Rata dan terus ke Brincang. Belilah barang
sekilo dua ubi madu (tak rasa manis macam madu pun)hujan mulai turun dan kereta pun dah
bertambah banyak dan sibuk. Atuk dah mula sakit perut.Mula nak cari tandas...lepas selesai
(kado hajat) kami meneruskan perjalanan.Ingat nak naik atas dan turun ikut Simpang Pulai tapi
takjadi sebab kami asyik cari tandas je. Pusing balik dan turun ikut jalan tadi juga. Cadang nak
beli benda nih....

tapi tak jadi...hujan pun dah mulai lebat. Akhirnya kami hanya cuci mata je.Kesian Atuk
ngan Opah tak dapat beli apa2. Tapi takpe lah boleh gak jalan2 bawa mereka makan
angin. Taklah duduk terperap dirumah tunggu anak cucu datang melawat. Aku???nanti
bila dah tua tak tahu lagi macam mana...agaknya beginilah...


Pssstt...ada sebab kami balik cepat...(atuk terb......dalam seluar).Atuk pun rasa bersalah sebab
bawa orang tua macam dia.Atuk jangan rasa begitu...kami ikhlas nak bawa atuk dan opah jenjalan.