Friday, December 9, 2011

Sesak Nafas

Semalam pegi Giant 13 nak cari barang utk buat bubur Asyura.Bukan apepun cuma nak cari kacang hijau,kacang merah,sagu. Sambil menolak troli matapun melilau tengok saknika benda yang terpamer.
Masa nak keluar tuh (ikut McD) aku tertengok satu gerai tu yang menjual laksa,penuh ngan budak2 muda bertudung yang sedang menjamu selera dengan kusyuknya.Ku lirik mata ku keatas melihat papan tanda nama yang terpampang diatas...masyaallah..kalau ditengok aku dh rasa nak termuntah (Ah C.....laksa).Tak tau le
aku ada abdullah ke tidak.Kalau ada tu minta maaf le tapi kalau boleh pegi lah cari yang ada nama Islam.
Kadang2 gerai pun kena tengok gak...especially kat R&R.Tengok betul2 tokehnye.Kadang2 pekerja Indon yang diupah untuk mengelirukan kita (maklum warna kulit sama dan perawakan pun sama)jadi kitapun
main bedal je padahal Indon tu entah Islam entah tidak...na'uzubillahiminzalik.
Lagi satu yang aku tak berapa berkenan.Kita dulu2 bekerja, pakaian kena sopan.Kalau hari Jumaat tak kira apa bangsa mesti pakai baju kurung atau pakaian yang sopan (kebaya dn seangkatan dengannya).Kan namanya hari Jumaat penghulu segala hari.Sebagai seorang muslimah aku kira pakai jeans dan baju sendat
sungguh2lah tidak menghormati hari tersebut.Banyak lagi hari lain yang boleh kalau nak pakai jeans ke
hifrit ke...suka hati mak bapak kaule...jadi pada aku kalau dah namanya Islam silalah mendaulatkan agama
kita.Siapa lagi kalau bukan kita. Orang lain(ugama lain) ketawa berdekah tengok kita dah sama ngan
mereka.Cuba kau letakkan Si Poziah (rekaan saja)ngan Si Ah Moi.Poziah dan Ah Moi (sama2 tak bertudung)...apa bezanya...memang si Poziah agamanya Islam dan Ah Moi agamanya budha.Tapi
dalam Islam rambut tu adalah aurat.Pada Ah Moi dia takde apa2 larangan.Jadi mahukah kita disamakan
dengan si Ah Moi? dah lah tak pakai tudung..baju pun nak sama cam Ah Moi tu jugak.Kalau Ah Moi tu
ngadap gambar arwah mak bapak die sambil pegang colok dan goyang2kannya...mau ikut juga ke?
Sendatnya nafas aku......pening bin mual...
Marilah kita hidup mengikut syariat Islam yang syumul.